12 PESAN NABI SAW

Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Segala puji bagi Allah SWT yg tlah memberi sebaik-baik nikmat berupa Iman dan Islam.Shalawat dan doa keselamatan mari kita limpahkan selalu kpd Nabi Muhammad SAW berserta keluarga dan para sahabatnya.Amin

3 PEMUSNAH, 3 PENYELAMAT, 3 PENGHAPUS DOSA, 3 PENINGGI DERAJAT

Nabi Muhammad SAW adalah guru yg sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga MENDIDIK dan MENTARBIAH. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan mjd umat yg DIRIDHAI Allah SWT, BERJAYA di dunia dan di akhirat dan berada di BARISAN DEPAN dari umat-umat lain di padang mahsyar.

Guru yg sejati tdk akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad SAW. Baginda tdk jemu menasihati umatnya. Tdk ada yg memberi manfaat kpd umatnya melainkan telah diceritanya dan tdk ada yg merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya.

Di antara pesanan Nabi Muhammad SAW ialah tentang 4 perkara yg setiap satunya disebut pula 3 ciri;

Perkara PERTAMA; Al-Muhlikat, yaitu perkara-perkara yg MEMUSNAHKAN.
Perkara KEDUA; Al-Munjiyat, yaitu perkara-perkara yg MENYELAMATKAN.
Perkara KETIGA; Al-Kaffarat, yaitu perkara-perkara yg MENGHAPUS DOSA.
Perkara KEEMPAT; Ad-Darajat, yaitu perkara-perkara yg MENGANGKAT MARTABAT.

Perkara PERTAMA; Al-Muhlikat, yaitu perkara-perkara yg MEMUSNAHKAN :
Nabi Muhammad SAW melanjutkan sabdanya; "Ada pun 3 perkara yg memusnahkan ialah; Pertama; Sifat bakhil yg ditaati. Kedua; Hawa nafsu yg dipatuhi Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…".

SIFAT BAKHIL memang telah ada dlm diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Karena itu kita sayang harta-benda kita dan kita tdk suka hak kita diganggu. Tdk ada salahnya pd semata-mata sifat bakhil. Yg salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, yaitu kita mentaati sifat bakhil yg ada dlm diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apalagi untuk bersedekah. Jika itu yg mjd sikap kita, maka KEMUSNAHAN sedang menunggu kita.

HAWA NAFSU juga sama. Manusia dilahirkan dgn pelbagai nafsu yg melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks sbg. Tanpa nafsu, manusia tdk akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tdk akan bs melanjutkan keturuan. Kehidupan manusia berbeda dgn malaikat yg tdk memiliki nafsu. Karena itu, sekali lagi tdk ada salahnya pd nafsu. Yg salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda org yg mempertuhankan nafsu ialah; segala yg ia lakukan dlm hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tdk menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keridhaan Allah. Yg penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tdk. Orang begini mengikut kata Nabi dlm hadis tadi ia akan musnah.

TAKJUB dgn diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah SWT untuk sujud –menghormati- Adam as, ia berkata kpd Allah SWR; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Al-A'raf :12). Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kpd kaumnya –sebagaimana ditulis oleh Al-Quran-; "Akulah Tuhan kamu yg tertinggi" (An-Nazi'at : 24). Qarun pula takjub dgn kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yg ada padaku" (Al-Qasas:78). Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah SWT hingga kiamat dan akan mjd mahluk pertama jatuh ke dlm neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yg besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah SWT; "Maka Kami benamkanlah Karun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)."(Al-Qasas : 81).

Perkara KEDUA; Al-Munjiyat, yaitu perkara-perkara yg MENYELAMATKAN:
Nabi Muhammad SAW melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun 3 perkara yg menyelamatkan ialah; Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya. Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah. Ketiga; Takut kpd Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…".

Ramai orang mampu BERSEDERHANA semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah mjd pemboros. Begitu juga, ramai orang yg mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kpd seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dgn orang yg tdk disukainya, ia sudah tdk dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yg selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dlm diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dgn perasaan takut kpd Allah SWT. Perasaan itu hendaklah ada dlm jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. dlm pesan yg lain, Nabi SAW berkata; "Bertakwalah kpd Allah di mana sahaja kamu berada".(HR Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a. dan Mu’az bin Jabar r.a)

Perkara KETIGA; Al-Kaffarat, yaitu perkara-perkara yg MENGHAPUS DOSA.
Seterusnya, bagi tiga perkara yg menghapus dosa, Nabi Muhammad SAW bersabda; "Adapun tiga perkara yg menghapuskan dosa; Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan shalat berjamaah. Kedua; menyempurnakan wudhu sekalipun pada musim sejuk. Ketiga; menunggu shalat selepas shalat".

Nabi SAW amat menggalakkan umatnya untuk mengerjakan shala secara berjamaah. Baginda menerangkan fadhilahnya; "Shalat secara berjamaah lebih baik dari shalat seorang diri dengan 27 tujuh darjat".(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r.a.).Apabila kita berjalan ke masjid untuk menunaikan shalat berjamaah, setiap langkah tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan brp banyak langkah yg kita lakukan setiap hari tatkala kita bolak-balik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yg telah terhapus. Nabi SAW bersaksi; "Jika kamu melihat seorang itu suka bolak-balik ke masjid, bersaksilah bahwa ia adalah orang yg benar beriman".(HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa’id r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 634, Sahih)

Mengambil wudhu adalah syarat sah shalat. Menyempurnakan wudhu adalah langkah awal untuk penyempurnaan shalat. Biasanya orang yg sentiasa mengambil wudhu dengan sempurna, shalatnya juga akan dilakukan dengan sempurna. Orang yg memgambil wudhu culang-caling, selalunya shalatnya juga culang-caling. Satu hari Nabi SAW pernah menawarkan kpd sahabat-sahabatnya; "Maukah kamu aku tunjukkan amalan-amalan yg dengannya Allah akan menghapuskkan dosa-dosa dan mengangkat darajat-darajat kamu?". "Sudah tentu, wahai utusan Allah", jawab mereka.

Nabi SAW lalu bersabda; "Menyempurnakan wudhu pd ketika-ketika payah/susah, banyak melangkah kaki ke masjid dan menunggu shalat selepas shalat. Semua itu adalah ribat (baginda mengulangi tiga kali)".(HR Imam Malik, Muslim, Tirmizi dan Nasai dari Abu Hurairah r.a. Ribat bermaksud; mengikat diri di jalan Allah. Maksud hadis ialah; orang yang sentiasa berada dalam toharah dan ibadah menyamai orang yang berada di jalan Allah. (Fiqhus-Sunnah, jil. 1, hlm. 28, kitab al-Wudhu’).) Menunggu shalat maksudnya ialah menunggu masuk waktu shalat untuk mengerjakannya. Ia boleh difahami dgn maksud perbuatan yaitu menunggu di masjid (yakni beriktikaf) hinggalah masuknya waktu shalat dan boleh juga difahami secara perasaan hati yaitu hati yg sentiasa teringat untuk mengerjakan shalat dan mengambil berat tentang shalat (Lihat syarah Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 965 dan 634.)

Perkara KEEMPAT; Ad-Darajat, yaitu perkara-perkara yg MENGANGKAT MARTABAT:
Untuk pesan terkahir, Nabi SAW berkata; "Adapun tiga perkara yg mengangkat darajat ialah; Pertama; bangun menunaikan shalat malam pd saat orang lain sedang nyenyak tidur. Kedua; memberi salam Ketiga; memberi makan orang lain".

Orang-orang Islam yg taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga shalat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yg dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yg sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilahnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darajat kita di sisi Allah lebih dari orang lain dengan syarat kita menjaga keikhlasan dlm hati kita.

Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun dari segi kelebihan, darajat orang yg memberi salam lebih tinggi dari orang yg menjawab salam kerana ia lebih dahulu mendoakan kesejahteraan orang lain di samping dia juga memperoleh pahala mengajak orang kpd kebaikan (yakni menghidupkan sunnah memberi salam). Begitu juga memberi makan orang lain sama ada orang miskin, anak-anak yatim atau keluarga dan sahabat-handai (untuk mengeratkan silaturrahim). Kebanyakan manusia hanya berfikir untuk memberi makan keluarga dan diri sendiri. Namun jika kita berfikir untuk memberi makan orang lain sama –di samping keluarga dan diri sendiri- maka itu adalah kelebihan kita berbanding kebanyakan orang.

CATATAN MHC:
Demikianlah 12 pesan Nabi SAW yg terangkum di dlm empat kumpulan nasEhat yg cukup bermakna dan bernilai bagi hidup kita; nasEhat untuk MENOLAK kemusnahan, nasihat untuk MENDAPAT keselamatan, nasihat untuk DIHAPUSKAN dosa dan nasihat untuk MEMPEROLEH darajat yg tinggi. Hadits yg memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.(Lihat; Soheh Wa Dhaif al-Jami’ as-Saghier, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 5356. )

Wassalamu'alaikum Wr. Wb.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Jaringan Penyokong

Anatomi Daun

Pengertian MUATABAH